31 Januari 2011

PAGI ISNIN

Morning!!!!
Pagi nie hujan tp x lebat... lupa pula ada sekolah yg cuti jadi jalan x jem... kalau tahu naik kereta jer... tp takper lah x lebat sangat pun... esok dah cuti pula... yehaaaaaa!!! hehe... suasana hari nie senyap sepi jer.... tahulah ramai yg cuti kan.... rasa ngantuk Zzzzzzz.... ;)

28 Januari 2011

RESEPI NASI AYAM

JOM!! SAYA NAK KONGSIKAN BERSAMA ANDA..... SAYA SUDAH MENCUBANYA...

Oklah kita lihat bahan-bahan untuk memasak nasi ayam. (8-10 orang makan)

Sup

+ 1 biji bawang besar – mayang halus

+ 7 ulas bawang putih – mayang halus

+ 2 inci halia – diketuk

+ 5 batang serai – diketuk

+ 2 batang kulit kayu manis

+ 5 kuntum bunga lawang

+ 10 kuntum bunga cengkih

+ 4 biji buah pelaga

+ 3 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul

+ 1 senduk sos tiram

+ garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam periuk besar. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau. Tujuan saya masak sup dalam periuk yang besar ini sebab nanti kita boleh masukkan stok ini ke dalam kuah cili, kuah kicap dan nasi ayam.

Bila sudah naik bau, masukkan beberapa ketul ayam. Biar ayam itu masak sebentar bagi menghilangkan bau hanyir ayam.

Masukkan 1 senduk sos tiram dan kacau sebentar.


Masukkan air secukupnya dalam anggaran tak sampai melimpah keluar dari periuk anda :p. Masak dengan menggunakan api yang perlahan dan merenehkan ia sehingga ½ jam.

Ayam Goreng

+ Ayam 2 ekor

+ ½ botol kicap

+ 1 senduk sos tiram

+ 2 senduk madu

Masukkan dalam anggaran ½ periuk kecil sup /stok ayam tadi. Tambahkan ½ botol kicap (botol saiz biasa). Kemudian masukkan pula 2 senduk madu.

Merenehkan ayam dalam kuah kicap ini sehingga ¼ masak kerana selepas ini kita akan menggorengkan ayam ini.

Lepas itu kita gorengkan ayam ini dalam minyak yang banyak. (deep fry)

Nasi

+ 1 bekas kecil marjerin planta

+ 1 biji bawang besar – mayang halus

+ 7 ulas bawang putih – mayang halus

+ 2 inci halia – diketuk

+ 5 batang serai – diketuk

+ 2 batang kulit kayu manis

+ 5 kuntum bunga lawang

+ 10 kuntum bunga cengkih

+ 4 biji buah pelaga

+ 4 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul

+ 8 cawan beras

+ ½ camca teh serbuk kunyit

+ garam secukup rasa

Panaskan marjerin, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, 4 sekawan dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan naik bau.

Masukkan 10 cawan atau lebih sup/stok ayam dan biarkan ia mereneh sebentar. Masukkan garam secukup rasa dan ½ camca teh serbuk kunyit.

Masukkan beras yang telah dibersihkan dan ditos airnya. Untuk 8 cawan beras, saya masukkan 10 cawan air untuk nasi yang di masak dalam periuk berasingan tadi. Saya masak nasi ini menggunakan periuk nasi elektrik.

Kuah Cili

+ 15-20 biji cili merah

+ 1 labu bawang putih

+ 1 biji bawang besar

+ 2 inci halia

+ 1 senduk sos tiram

+ 1 senduk sos tomato

+ 1 senduk sos cili

+ 2 biji limau nipis

+ garam secukup rasa

Kisarkan semua bahan-bahan tadi untuk membuat kuah cili.

Kemudian masukkan ke dalam periuk dan merenehkan ia sehingga cili itu masak. Selepas itu masukkan beberapa cawan air sup/stok ayam dan biar ia masak sebentar.

Bila sudah masak, masukkan 1 senduk sos tiram, 1 senduk sos tomato dan 1 senduk sos cili. Lepas itu, masukkan garam secukup rasa. Biarkan ia mereneh sebentar.

Bila sudah masak, angkat kuah cili ke dalam mangkuk dan biarkan ia sejuk sebentar. Bila ia sudah sejuk sedikit, baru masukkan jus limau nipis.

* Jangan masukkan jus limau semasa kuah cili sedang panas, takut aroma jus limau nipis itu hilang.

Ok sudah siap nasi ayam kita.. Selamat mencuba!..

27 Januari 2011

LUNCH - MC'DONALD

Prosperity!!!!!!! nyum! nyum!
Hari nie jalan2 gi Ampang Park dengan kak nurul.... terasa nak makan burger...sampai jer Mc'D terus beli Prosperity Chicken!!!! sedappppp.. nyum! nyum! Kak nurul makan nugget jer.. hehe. kawan2 opis pun kirim... hari nie kat opis suasana makan burger Mc'Donald..... sudah makan mengantuk pulak... hehehehe tapi tahan jer mata nie... hehe..


CUP CAKE

Nampak menarik kan??? tunggu apa lagi bolelah buat tempahan... sila hubungi saya melalui email untuk tempahan :- ctzue_83@yahoo.com.my


RM 3.00 Per Pcs



RM3.00 Per Pcs



For Birthday







RM 18.00 Per Box (6 Pcs)

MINI COKLAT

Sesiapa yang teringin untuk membelinya bolelah email kepada saya untuk tempahan :- ctzue_83@yahoo.com.my

RM 1.80 Per Box


Bentuk Rose


Bentuk Love