06 Julai 2011

Cookies oh cookies!!

suka dan tersenyum lebar kalau dapat mkn cookies nie.. thanks to ehem!! yg selalu layan kerenah aku nak mkn cookies nie... urmmmmmmmmm lazatnya... kihkih... untuk you all saya bagi tengok picture's cukuplah yer..hehe jgn mare tau...







yum! yum! cedap kan... hehe

14 Jun 2011

24 Mei 2011

Lirik Lagu The Ramlees – Itulah Sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Roda..........

Hidup ini ibarat roda... kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah... Setiap orang ada impian dan cita2.. tapi tak semua cita2 itu mudah dicapai.. usaha itu perlu ada.. tanpa usaha kita tak kemana... semua orang ada cita2.. aku? aku pun ada cita2.. aku pun ada target utk cita2 itu dicapai.. InsyaAllah.

Cinta Sempurna

Lirik Lagu Cinta Sempurna - Yuna

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...


22 Mei 2011

My Love Lap

Alhamdulillah my love lap baru keluar klinik....

08 Mei 2011

Family Day Kerabat @ Morib

Walaupun sudah nak dekat sebulan family day nie berlalu.. tp takpelah.. asalkan dapat gak kongsi story nie.. Seronok sgt family day nie... hehe (selaku AJK).. Paling gempak dan kelakar time sukaneka pereka fesyen.. kelakar sungguh rekaan yang dihasilkan ketua unitku.. Hj Zul.. Sukaneka Telefon Buruk lagi happening... entah apa ayat yg dah keluar akhirnya dari peserta terakhir... kihkih.. tp aku dapat gak hadiah extra (Bonanza) iaitu hamper... tp bonanza ada mcm2.. hehe..

Selaku AJK.. inilah sukaneka yang aku dan kak sue cadang dan merealisasikan acara ini :-

SEIRING &SEJALANAN
TELEFON BURUK
LONTARAN KASIH
JEJAK KASIH
TEKA-TEKI
PEREKA FESYEN
KUTIP GULA-GULA
LONTAR STRAW
LONG STRAW
GULA2 CHOPSTIK














Happy Mother's Day

Selamat hari ibu buat ibuku Seriyah dan semua ibu2.. saya sayang mak sgt2... terima kasih kerana melahirkan saya dan menjaga saya... segala kasih sayang mak dan ayah juga terlalu bernilai buat saya dan adik2... terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan juga ayah...



Terlalu Lama

Salam semua kawan2... lamanya saya tak tulis blog nie... busyyyy... hehe tp hopefully pas nie bole up date blog nie semula.....

09 Februari 2011

ANG POW PROSPERITY TODAY!!!!!

LUNCH TIME!!!
Lunch hari nie rasa nak jalan2 kat ampang park tp bila dah sampai ampang park rasa nak mkn mc'd... and dapat geng pun yg suka mkn mc'd 'everyday' (ieka) .... hehe
Sampai jer kat mc'd terus order set prosperity (chicken)...so lepas dah bayar dapat angpow.... hehe buka2 dapat kupon... ok ler tue...



02 Februari 2011

BIRTHDAY MEMEY

Semalam cuti... aku keluar jalan2 pergi jusco dgn adik bongsuku... makan2 kat Johnny's.. lepas makan terus balik rumah lepas tue jumpa memey (anak jiran).. siap bagitahu birthday dia lagi..

Happy Birthday Memey!!!!!!! Wah seronok sakan memey!!!! siap diciumnya zue nie... sebab dapat hadiah...

Malam tadi family memey celebrate birthdaynya yg ke 7 thn...





31 Januari 2011

PAGI ISNIN

Morning!!!!
Pagi nie hujan tp x lebat... lupa pula ada sekolah yg cuti jadi jalan x jem... kalau tahu naik kereta jer... tp takper lah x lebat sangat pun... esok dah cuti pula... yehaaaaaa!!! hehe... suasana hari nie senyap sepi jer.... tahulah ramai yg cuti kan.... rasa ngantuk Zzzzzzz.... ;)

28 Januari 2011

RESEPI NASI AYAM

JOM!! SAYA NAK KONGSIKAN BERSAMA ANDA..... SAYA SUDAH MENCUBANYA...

Oklah kita lihat bahan-bahan untuk memasak nasi ayam. (8-10 orang makan)

Sup

+ 1 biji bawang besar – mayang halus

+ 7 ulas bawang putih – mayang halus

+ 2 inci halia – diketuk

+ 5 batang serai – diketuk

+ 2 batang kulit kayu manis

+ 5 kuntum bunga lawang

+ 10 kuntum bunga cengkih

+ 4 biji buah pelaga

+ 3 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul

+ 1 senduk sos tiram

+ garam secukup rasa

Panaskan minyak dalam periuk besar. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau. Tujuan saya masak sup dalam periuk yang besar ini sebab nanti kita boleh masukkan stok ini ke dalam kuah cili, kuah kicap dan nasi ayam.

Bila sudah naik bau, masukkan beberapa ketul ayam. Biar ayam itu masak sebentar bagi menghilangkan bau hanyir ayam.

Masukkan 1 senduk sos tiram dan kacau sebentar.


Masukkan air secukupnya dalam anggaran tak sampai melimpah keluar dari periuk anda :p. Masak dengan menggunakan api yang perlahan dan merenehkan ia sehingga ½ jam.

Ayam Goreng

+ Ayam 2 ekor

+ ½ botol kicap

+ 1 senduk sos tiram

+ 2 senduk madu

Masukkan dalam anggaran ½ periuk kecil sup /stok ayam tadi. Tambahkan ½ botol kicap (botol saiz biasa). Kemudian masukkan pula 2 senduk madu.

Merenehkan ayam dalam kuah kicap ini sehingga ¼ masak kerana selepas ini kita akan menggorengkan ayam ini.

Lepas itu kita gorengkan ayam ini dalam minyak yang banyak. (deep fry)

Nasi

+ 1 bekas kecil marjerin planta

+ 1 biji bawang besar – mayang halus

+ 7 ulas bawang putih – mayang halus

+ 2 inci halia – diketuk

+ 5 batang serai – diketuk

+ 2 batang kulit kayu manis

+ 5 kuntum bunga lawang

+ 10 kuntum bunga cengkih

+ 4 biji buah pelaga

+ 4 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul

+ 8 cawan beras

+ ½ camca teh serbuk kunyit

+ garam secukup rasa

Panaskan marjerin, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, 4 sekawan dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan naik bau.

Masukkan 10 cawan atau lebih sup/stok ayam dan biarkan ia mereneh sebentar. Masukkan garam secukup rasa dan ½ camca teh serbuk kunyit.

Masukkan beras yang telah dibersihkan dan ditos airnya. Untuk 8 cawan beras, saya masukkan 10 cawan air untuk nasi yang di masak dalam periuk berasingan tadi. Saya masak nasi ini menggunakan periuk nasi elektrik.

Kuah Cili

+ 15-20 biji cili merah

+ 1 labu bawang putih

+ 1 biji bawang besar

+ 2 inci halia

+ 1 senduk sos tiram

+ 1 senduk sos tomato

+ 1 senduk sos cili

+ 2 biji limau nipis

+ garam secukup rasa

Kisarkan semua bahan-bahan tadi untuk membuat kuah cili.

Kemudian masukkan ke dalam periuk dan merenehkan ia sehingga cili itu masak. Selepas itu masukkan beberapa cawan air sup/stok ayam dan biar ia masak sebentar.

Bila sudah masak, masukkan 1 senduk sos tiram, 1 senduk sos tomato dan 1 senduk sos cili. Lepas itu, masukkan garam secukup rasa. Biarkan ia mereneh sebentar.

Bila sudah masak, angkat kuah cili ke dalam mangkuk dan biarkan ia sejuk sebentar. Bila ia sudah sejuk sedikit, baru masukkan jus limau nipis.

* Jangan masukkan jus limau semasa kuah cili sedang panas, takut aroma jus limau nipis itu hilang.

Ok sudah siap nasi ayam kita.. Selamat mencuba!..

27 Januari 2011

LUNCH - MC'DONALD

Prosperity!!!!!!! nyum! nyum!
Hari nie jalan2 gi Ampang Park dengan kak nurul.... terasa nak makan burger...sampai jer Mc'D terus beli Prosperity Chicken!!!! sedappppp.. nyum! nyum! Kak nurul makan nugget jer.. hehe. kawan2 opis pun kirim... hari nie kat opis suasana makan burger Mc'Donald..... sudah makan mengantuk pulak... hehehehe tapi tahan jer mata nie... hehe..


CUP CAKE

Nampak menarik kan??? tunggu apa lagi bolelah buat tempahan... sila hubungi saya melalui email untuk tempahan :- ctzue_83@yahoo.com.my


RM 3.00 Per Pcs



RM3.00 Per Pcs



For Birthday







RM 18.00 Per Box (6 Pcs)

MINI COKLAT

Sesiapa yang teringin untuk membelinya bolelah email kepada saya untuk tempahan :- ctzue_83@yahoo.com.my

RM 1.80 Per Box


Bentuk Rose


Bentuk Love